Make your own free website on Tripod.com

BAHAN KIMIA BERBAHAYA DALAM MAKMAL

 

Semua bahan kimia adalah berbahaya sekiranya tidak dikendalikan dengan cara yang betul. lni adalah kerana bahan kimia mudah terbakar, mengkakis dan beracun serta bertindak balas menghasilkan bahan lain yang mendatangkan kemudaratan. Sesetengah tindak balas adalah sangat cergas sehingga  menyebabkan letupan dan kebakaran. berikut menunjukkan contoh bahan kimia berbahaya yang biasa digunakan di sekolah.

Jadual  : Contoh Bahan Kimia Berbahaya Yang Biasa Digunakan Di Sekolah

 

BAHAN KIMIA

SIFAT-SIFAT

KESAN-KESAN BAHAYA

PEYIMPANAN DAN PELUPUSAN

CATATAN

Asbestos

Asbestos adalah satu campuran oksida silikon, magnesium, besi, aluminium,

kalsium natrium.

 

Debu asbestos merengsa mata, paru-paru dan kulit. Asbestos biru adalah karsinogenik. Jika dihidu dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan baluk kering dan barah paru­.

 

Basahkan asbestos dan masukkannya ke dalam beg politena yang dilabelkan dengan terang sebelum pelupusan.

 

 

Penggunaan

asbestos lembut misalnya kertas asbestos, tali asbestos dan kapas asbestos tidak digalakkan dalam makmal sains sekolah.

 

 

Aseton (Propanon CH3COCH3)

 

Takat didih 56OC. Takat kilat -18OC. TLV 1000 ppm. Wapnya adalah lebih tumpat daripada udara. Boleh larut campur dengan air.

 

 

Sangat mudah terbakar. Wap merengsa mata, kulit dan paru-paru. Penghiduan yang berterusan boleh menyebabkan kesan khayal.

 

Simpan di bawah paras mata dan di tempat sejuk. Jangan bercampur dengan agen pengoksidaan yang kuat. Simpan sebanyak 250 cm3 pada setiap masa. Aseton harus dicampurkan dengan air yang banyak semasa pelupusan

 

Digunakan untuk mengeringkan bahan-bahan

dengan cepat . Boleh digunakan untuk membuat kukus air bersuhu rendah apabila ia dicampurkan

dengan ais kering.

 

Benzena C6H6

 

Takat didih 80OC. Takat kilat -11OC. TLV 10 ppm. Cecair kurang tumpat daripada air.

Wap lebih tumpat daripada udara.

 

Sangat mudah terbakar dan toksik apabila tertelan, terhidu alau diserap melalui kulit. Bersifat karsinogenik.

 

Simpan di bawah paras mala dan di tempat sejuk. Jangan dicampur dengan klorin dan lain-lain agen pengoksidaan. Jangan dibuang sisa benzena ke dalam singki makmal tetapi ke dalam tanah yang tidak digunakan.

 

Benzena tidak harus digunakan sebagai pelarut organik. Toluena adalah pengganti yang baik kepada benzena kerana ia kurang toksik. Pengendalian

benzena hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap.

 

 

Bromin Br2

 

 

 

Cecair meruap yang berwarna perang­

kemerahan. Takat didih 59OC. Larut dalam air, tetraklorometana, kloroform dan etanol.

TLVO.1 ppm.

 

Wap sangat merengsakan mata, paru-paru dan kulit. Cecair bromin dan air bromin adalah beracun dan mengkakis.

 

 

Labelkan 'BAHAY A' pada botol yang mengandungi bromin. Simpan di bawah paras mala. Campurkan larutan alkali dan curah ke dalam longkang bersama dengan air yang banyak semasa pelupusan. Pelupusan hendaklah dibuat dalam kebuk wasap.

 

 

 

Gunakan penitis apabila memindahkan

sedikit air bromin. Ini adalah lebih selamat daripada mencurahkannya

daripada botol. Paksi sarung tangan dan gagal apabila

menyediakan air bromin.

 

 

Fenol C6H5OH

 

Takat lebur 41OC. Takat didih 182OC. TLV5ppm.

Larut dalam air atau natrium hidroksida.

Asid lemah.

 

Pepejal alau cecaimya adalah beracun dan mengkakis. Wapnya adalah berbahaya pada mala, paru-paru dan kulit. Paksi sarung tangan dan gagal semasa pengendaliannya.

 

Simpan dalam almari yang berkunci. Jangan dicampur dengan agen pengoksidaan.

Campurkan dengan air yang banyak sebelum

melupuskannya.

 

Dijual dalam bentuk hablur tidak berwarna alau berwarna merah jambu. Apabila disimpan lama warna merah jambu akan menjadi lebih gelap kerana kesan cahaya dan udara Digunakan sebagai pembasmi

mikroorganisma dan dalam pembuatan plastik serta pencelup

Hidrogen peroksida H2O2

 

Takat didih 107OC TLV 1 ppm

 

Mengkakis apabila pekat menyebabkan kesan melecur kepada mala, paru­paru, mulut dan kulit. pengawasan

diperlukan apabila menggunakan larutan pekat lebih daripada 20 isi padu ke atas. Penggunaan sarung tangan, gagal dan dikendalikan di tempat yang ada peredaran udara yang baik.

Simpan di tempat yang sejuk, gelap dan jauh daripada agen penurunan dan sebatian logam peralihan. Jangan dicampurkan dengan asid, bahan mudah terbakar dan agen penurunan.

Tambahkan air yang banyak sebelum pelupusan.

 

Larutan hidrogen peroksida tidak stabil dan sentiasa terurai

2H2O2 _ 2H2O +O2

 

 

 

Karbon disulfida CS2

 

 

 

 

Takat didih 4OC. Takat kilat -30OC. TLV 10 ppm.

Tidak larut dalam air.

 

Takat kilat 50OC. TLV 2ppm

 

Sangat mudah terbakar. Apabila bercampur dengan udara dan didedahkan kepada api, letupan boleh berlaku. Wap adalah beracun.

 

Simpan di bawah paras mata. Jangan dicampurkan dengan natrium peroksida dan agen pengoksidaan yang lain. Disimpan di tempat sejuk jauh daripada api.

 

Pelarut an harus digunakan untuk menggantikan

karbon disulfida apabila

menyediakan sulfur rombik, contohnya adalah minyak zaiton,

dimetilbenzena dan metilbenzena.

 

Metanal (Formaldehid, Formalin) HCHO

Takat didih 65OC.

 

Takat kilat 10OC.

 

TLV 200 ppm.

 

Boleh larut campur dengan air pada semua kadar

 

Merengsakan mata, paru-paru dan kulit. Wap dan larutan pekat mudah terbakar. Meletup apabila terbakar. Meletup apabila larutan berair dipanaskan sehingga melebihi takat kilat. Disyaki sebagai karsinogenik dan

berbahaya kepada paru-paru. Berlindak balas dengan hidrogen klorida dalam udara untuk membentuk klorometoksiklorometa na (biklorometil eter), suatu karsinogen yang mempunyai  TLV

0.001 Pf)m.

 

Jangan disimpan bersama dengan asid hidroklorik, asid sulfurik atau agen pengoksidaan yang kuat. Campurkan dengan  air yang

banyak semasa pelupusan.

 

 

la berbentuk gas tetapi biasa dijual dalam bentuk larutan berair iaitu 40% WN larutan formaldehid dalam air (formalin). Digunakan sebagai pembasmi

mikroorganisma atau bahan pengawet.

 

 

Metanol (Metil alkohol) CH3OH

 

 

Sangat mudah terbakar. la adalah racun kumulatif dan apabila tertelan kesannya hanya timbul setelah beberapa jam. Berbahaya kepada saraf optik. Apabila termakan atau terhidu dalam jangka masa lama, wap itu akan mengakibatkan

gangguan penglihatan dan menyebabkan mata menjadi buta.

 

Simpan di bawah paras mala. Jangan dicampur dengan agen pengoksidaan

dan logam alkali Campurkan dengan air yang banyak semasa pelupusan.

 

Samsu yang dicampur dengan metanal boleh mengakibatkan

kematian dan buta selepas diminum..

 

Melilbenzena (Toluena)

C6H5 CH3

 

 

Takat didih 111OC. Takat kilat 44OC. TLV 100 ppm

 

 

Sangat mudah terbakar. Wap menyebabkan pening kepala, sakit kepala dan rasa mual. Beracun jika terserap melalui kulit.

 

 

Simpan dalam almari yang boleh tahan kebakaran. Jangan campur dengan agen pengoksidaan yang kuat. Campurkan dengan air yang banyak sebelum pelupusan.

 

 

 

 

Toluena boleh didapati dalam tar arang batu. Digunakan sebagai bahan asas dalam penyediaan

pencelup, dadah, sakarin dan TNT.

 

 

 

Merkuri Hg

 

 

Cecair berwarna kelabu berkilat. Takat didih 356.9OC

 

Wap dan cecair adalah beracun. Boleh memasuki badan melalui kulit. Merkuri boleh bertokok secara kumulatif dalam lisu otak menyebabkan set saraf musnah dan mengakibatkan buta, kemerosotan mental dan kematian.

 

Harus disimpan dalam almari berkunci. Merkuri yang tertumpah di lantai hendaklah dilupuskan dengan

mencampurkan sedikit sulfur atau serbuk zink.

 

 

Paksi sarung tangan apabila mengendalikan

merkuri. la harus digunakan dengan menyediakan

dulang di bawah supaya sebarang tumpahannya dapat diperolehi kembali.

 

Naftalena C10Ha

 

 

Pepejal pulih. Takat lebur SOOC. Takat kilat 120OC. TLV 10 ppm.

 

 

Berbahaya apabila terhidu, tertelan dan tersentuh pada kulit. Gunakan gogaI dan sarung tangan apabila menggunakan naftalena.

 

 

Jangan dicampurkan dengan agen pengoksidaan yang kuat. Basahkan dengan air dan simpan dalam beg politena sebelum melupuskannya.

 

 

Bahan yang biasa terdapat dalam ubat gegat. Gunakan dalam kuantiti yang kecil dan jangan panaskan melebihi 90OC.

 

 

Plumbum Pb dan garam plumbum

 

Plumbum adalah logam yang berwarna kelabu berkilat.

 

 

Racun kumulatif. Debu, asap, pepejal atau larutan garam plumbum apabila tertelan atau terhidu adalah berbahaya. Memudaratkan

salur respirasi, paru-paru, perut dan ginjal. Plumbum M oksida dan plumbum (II) dioksida mempunyai banyak oksigen dan membantu pembakaran.

 

 

Harus disimpan dalam almari berkunci. Jangan dicampur dengan asid nitrus. Larutkan garam dalam air yang banyak sebelum pelupusan.

 

Elektrolisis

plumbum (II) bromida lebur harus dijalankan dalam kebuk wasap.

 

SuIfur dioksida SO2

 

 

 

Gas tidak berwarna, bersifat asid.

Takat didih -10OC. TLV 5 ppm.

 

 

 

Kepekatan 6-12 ppm merengsakan mata dan sistem respirasi. Sedikit sahaja boleh mendatangkan kesan buruk kepada seseorang yang sedang mengalami demam paru-paru dan penyakit asma.

 

 

 

Jangan dicampur

dengan natrium hidrida, kalium klorat (V), natrium dan kromium. Silinder sulfur dioksida mesti disimpan jauh daripada wasap asid pekat

 

 

 

Eksperimen yang menghasilkan

sulfur dioksida hendaklah dibuat dalam kebuk wasap .

 

.

 

 

Tetrakloro­mentana (karbon tetraklorida) CCl4

 

Cecair tidak berwarna, lebih tumpat daripada air.

TLV 10 ppm.

 

Sangat toksik. Boleh mendatangkan kesan khayal. . Disyaki sebagai karsinogen. Apabila dipanaskan ia boleh terurai dan menghasilkan wap karboniI klorida (fosgen) yang beracun. Merokok dalam udara yang mengandungi wap tetrakloromentana

boleh menghasilkan fosgen.

 

 

Simpan di bawah paras mata. Jangan dicampur dengan Iogam alkali. Campurkan air yang banyak dan detergen sebelum pelupusan.

 

Pelarut pengganti kepada CCl4 yang kurang berbahaya adalah

triklorometana.

penggunaan CCl4 dalam beberapa jenis pemadam api telah dihentikan kerana ia boIeh mengurai menjadi fosgen.

 

 

Triklorometana (kloroform) CHCl3

 

Takat didih 62OC. TLV 10 ppm.

W_ adalah lebih I1m,)at _ uclara. Melarut carJ1U secikit dalam air.

 

Wap merengsakan mata, kulit dan paru-­paru. Jika terhidu daIam jangka masa yang lama mengakibatkan pening kepala, pengsan dan kematian. Cecair kalau tertelan adalah toksik.Tidak boleh

terbakar tetapi seperti tetraklorometana (CCI4) boleh membentuk

fosgen apabila dipanaskan. Kloroform boleh menyebabkan kesan mengantuk.

 

Simpan di bawah paras mata. Jangan dicampur dengan Iogam alkali, aseton dan agen pengoksidaan.

Campurkan air yang banyak sebelum pelupusan.

 

Triklorometana adalah sejenis anastetik yang terkenal. Digunakan sebagai pelarut untuk bromin.

Kalium, Natrium, Kalsium, Litium

 

 

 

 

Lembut, logam kelabu berkilat.

 

 

Meletup dan terbakar apabila bertindak balas dengan air. Bertindak balas dengan tetraklorometana.

Disimpan dalam minyak parafin. Campurkan dengan etanol mutlak sebelum pelupusan

 

 

Digunakan dalam kuantiti yang sangat kecil.

 

 

 

 

 

Serbuk Magnesium, link, Aluminium

 

Logam kelabu berkilat

 

mudah dengan terang.

terbakar nyalaan

Dijauhkan daripada agen pengoksidaan seperti nitrat, klorat, perklorat dan peroksida.

 

Mesti digunakan dalam kuantiti yang kecil.

 

Sulfur

 

Pepejal berwama kuning.

Takat

114OC.

 

Apabila sulfur dipanaskan letupan

dan dan pembakaran akan berlaku dan menghasilkan gas sulfur dioksida yang sangat beracun. Apabila sulfur dicampurkan dengan serbuk logam atau agen pengoksida yang kuat seperti klorat ia akan meletup dan terbakar. Sulfur terbakar dengan nyalaan biru dan melecurkan kulit.

 

Mesti dijauhi daripada agen  pengoksidaan.

Elakkan daripada pemanasan.

Sulfur disimpan di tempat yang sejuk.

 

Dijual dalam bentuk serbuk kuning

Dietileter

 

Takat kilat -40OC

 

Mudah terbakar dan meruap.

Sangat mudah terbakar dan meruap.

 

 

Disimpan dalam botol Winchester pada rak terbawah dalam almari. Sisa disimpan dalam botol dan dilabelkan.

 

Pengendalian mestilah di dalam bilik yang mempunyai peredaran udara yang baik